Sunday, November 22, 2009

Assam Laksa

DSC_0007

Rasanya susah nak dapat Assam Laksa kat sini. Menyampah tau. Kalau kat kawasan umah mama tu, tiap ptg ada makcik jual kuih kuih depan Shell Perling, ada jual ni (bukan sedap sangat pun, tapi bolehlah daripada takde. Bila kat sini, kalau teringin sangat tu, saya ke Old Town saja. Boleh tahan sedap (saya ke yg tak cerewet?). Ada yg cakap laksa Old Town cair lah.. not up to standard lah. Pada saya, as long as saya takyah masak, dah kira baguslah. Heh.

Hmm... terasa nak breakfast laksa pulak esok :)

dari hati berdinding kaca. . .

Saturday, November 21, 2009

Menguis blog yang bersawang. . .



Yang seorang tu, bukan anak saya :) Itu kawan baik Neha, Dania. Gambar masa Official Opening Celebration bangunan baru sekolah budak budak ni. Mommy volunteer jadi waitress. Penat, tapi happy! :) Mommy sayang sekolah lebih daripada budak budak sayang sekolah, agaknya? LOL.


dari hati berdinding kaca. . .

Monday, November 2, 2009

Nidhi - 7 tahun. 28.10.2009

DSC_0418

Sambutan simple kat sekolah saja. Masa rehat :)Tahun depan Insya Allah kami bermajlis lah. Tahun ni, entah kenapa tak terfikir? :D

DSC_0452

Nidhi + Mommy :D

DSC_0458

Nidhi + Daddy

DSC_0427

Treats untuk kawan kawan. Nuggets and sausage Ayamas saja. No lollipop, no chocolate. Sebab masa rehat kan, tak nak bebudak nih, spend time makan gula gula, pastu masuk kelas nanti lapar pula! Lagipun, cupcakes dah manis lah, mommy pun terasa rajin time tu :)

DSC_0478

Menjelang petang, kami ke Sports Club, swimming. Tengoklah gigi sebatang dah tercabut. :) Happy Birthday Nidhi, we love you.




dari hati berdinding kaca. . .

Monday, October 12, 2009

Murtabak Ayam Thohirah

Chicken Murtabak - Thohirah Restaurant

Sejak bulan lepas, asyik makan ni saja. Bukan saya seorang, okay? Okay. Neha dan Nidhi pun sama lah..

Murtabak Ayam, takde bawang (oh alangkah boringnya. . . ). Di mana? Restoran Thohirah, Jalan Kayu. Sedap & sedap. Sementara tak jemu ni, memang sedaplah. Terpaksa minta yang takde bawang, sebab. . . alah.. malaslah nak cakap lagi. Rasanya dah tahu kenapa kan? :) Heh.

dari hati berdinding kaca. . .

Friday, October 9, 2009

Rindu



Saya rindu teh tarik papa saya...
Sila abaikan bekas bekas poly·sty·rene itu.. gambar masa nak buka puasa di Ramadhan yg lepas. Sebab tu ada berbekas bekas poly·sty·rene, sebab mengikut selera budak-budak, daddy budak, mommy budak, makcik-makcik budak tak lupa juga atuk-atuk budak :D

Teh tarik saya rindu juga. . . itu papa saya tengah tuang teh tarik untuk sayalah tu! :)


dari hati berdinding kaca. . .

Saturday, October 3, 2009

Gambar Raya (yang ala ala basi) . . .

Uhh.. Lamanya terbiar blog ni. Bersawang sana sini. :D Tuan rumah sibuk bebenor ke? Ntahnyer dia.Sibuk berfacebook lah gamaknya. LOL.

Raya dah nak abis pun. Gambar raya baru nak muatnaik ke Flickr. (adakah saya saja yang kurang gemar perkataan-perkataan seperti muatturun, muatnaik, naiktaraf? Ada lagi contoh yang dah pun terlupa! Urat banyak yang dah putus!)

Gambar ada banyak! Tapi, kalau letak sini semua, ada yang jemu lak nanti. Sikit-sikit dah la ye? :)

DSC_0424

Our family dengan Papa dan Mama. Siapa yang pakaikan bedak pada Neha agaknya? Bedak ke tepung ke cat? Cesss!! Bukan saya, okay? Bukan saya.

DSC_0499

Kanak-kanak riang bertiga + mak orang :D

DSC_0445

Neha + TokMa :)(note to self = sila photoshop aircon yang hodoh tapi banyak berjasa tu)

DSC_0448

Nidhi + TokMa. Dua orang ni, share the same birthday, tapi.. pantang bertemu muka, mesti ada airmata yang keluar. Sebab TokMa suka sakat Nidhi. LOL.

Aduh.. slownyer flickr ni, atau connection saya yang slow? Lainkali kita sambung ah okay!

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin daripada kami sekeluarga di Pulau Temasik. Syawal masih ada kan. . . :)

dari hati berdinding kaca. . .

Friday, September 11, 2009

Puding Roti Cinnamon

ni, Ijan punya pasal :D heh! Dia punya cantik laa berpresentation bagai...kita nyer, dalam roasting dish lagik. Planning nak jugak ambik gambar siap dengan chocolate sauce, tapi.. tak kesampaian lah. Sebab pudingnyer dah sampai mulut dulu.

Bread Pudding with Cinnamon

Resepi, copy daripada blog Ijan, Ijan lak copy daripada sini. Thank you Tuan Tanah.

Puding Roti Cinnamon

3-4 keping roti
200ml susu segar
2 biji telur (size M)
21/2 sudu besar gula
1 sudu kecil cinnamon powder
2 sudu besar kismis
1 sudu besar mentega/marjerin – cairkan
esen vanilla
chocolate syrup Hershey’s -optional

* * * * *

Pukul telur,gula sampai kembang. Masukkan marjerin/mentega n susu. Gaul rata.
Masukkan cinnamon powder n esen vanilla.Kacau sebati.
Carik2kan roti ke dalam adunan. Tenggelamkan roti2 tuh sampai basah semua.
Masukkan kismis…gaul lagi.
Panaskan oven.Tuang adunan roti td dlm acuan muffin yg dh dilengser ngan myk/marjerin.Klu dlm loyang pun bleh.Gune loyang kecik jer coz adunan nih tk byk. Nk byk or famili besar kene double kan ingredient.
Bakar hingga masak/kekuningan lebih kurang 10-15min. Bergantung kepada oven n keluasan acuan.
Dah sejuk…bleh curahkan chocolate syrup Hershey’s
Klu gune loyang,dh potong br la curahkan syrup. Klu tk nk pun tkpe.Jd la cam puding roti yg biasa2 tuh….

Neha makan dengan chocolate sauce, Nidhi makan gitu jer.. dua dua terkial kial asingkan kismis. Haih! Jakun sungguh! Penat mommy nyer kutip kismis daripada tepi piring dorang! Pas ni, kismis pulak nak kena blender agaknya. Moh ler kita makan pakai straw ajer. Senang, hiruuuuppppppp sampai habis. Baru dorang tak terkuis kuis agaknya.

Budak berdua cakap sedap! Ntah laa memang sedap pada dorang, or survival skill and kesiankan mommy. Hahahahha...

dari hati berdinding kaca. . .